Sunday, 17 March 2013

Typical Malaysian (Budak Sekolah)

Let me speak, let me speak, listen~~..*Pendahuluan ayat yang sangat dramatis*
Entri kali seperti tajuk yang dah diluluskan seperti diatas..tajuk tu aku dapat daripada tempat aku berlatih lesen memandu..time tengah syok merehatkan diri daripada kepanasan matahari, ada satu amoi datang tempat berehat yang sedang aku duduk sambil membawa sebotol air minuman 1.5liter..sedang dok perhati dia, dapat la satu idea tentang perkara yang biasa Rakyat Malaysia lakukan..

Nak dijadikan cerita, mengenai amoi tersebut..Selalunya budak-budak Cina ni  suka bawak air botol besar, lebih-lebih lagi time persekolahan..Majoriti semua budak cina tak pernah miss air botol dorang..Tapi, cerita mengenai perkara ni, teringat aku time zaman persekolahan..suatu peristiwa yang tak boleh di lupakan..Rahsia tetap dalam genggaman kami..

Story-nya bermula macam ni, masa kitorang zaman sekolah rendah tapi aku lupa darjah berapa..Bagi lelaki memang suka subjek PJK, tapi kitorang ni jenis malas bawak air..suka rembat je air yang ada kat dalam kelas*jahat betul aku ni*..Lepas kitorang mem'PJ'kan diri, terserlah kehausan di setiap anak tekak kitorang..Nak dijadikan cerita, kitorang minum la satu botol air yang berkuantiti 500ml..Sedar tak sedar, dah tinggal sikit..Dengan mengambil langkah dramatis, aku 'songlap' air botol budak cina kelas aku *Budak ni selalu bawak botol besar berkuantiti 1.5liter*
then isi kat dalam botol 500ml tu..Dengan buat muka selamba + muka suci + muka dont' know, biarkan je pemilik asal air botol 500ml tu minum..Kitorang tengok dia sedap je minum air tu, kira ok la kan..??..hehehehe

Kemudian aku nak story typical malaysian pasal budak sekolah pulak..Yang ni aku baik sikit, tak de buat kerja jahat..muka suci je..Kisah nya, pasal budak kelas aku yang tak pernah reti nak pulangkan balik barang yang dah dorang pinjam..Tau-tau je bila mintak balik, konfem dorang cakap macam ni "Entah, mana aku tau..aku dah pulangkan..Tu pen aku, baru beli semalam"..Oleh sebab tu, aku menjadi seorang yang kedekut tahap tertinggi..hahaha



p/s: Perangai semasa di sekolah itulah akan menjadi suatu kenangan yang tak dapat dilupakan..walaupun perkara itu pahit untuk dilalui namun akan menjadi manis apabila kita merinduinya..