Malam yang penuh kesepian, masing-masing dengan agendanya sendiri. Ada yang menanda kertas soalan, ada yang main game 'pou', ada yang online mahupun merehatkan diri setelah seharian buat kerja rumah.
Didalam hati penuh dengan keinginan, di kepala pula penuh dengan konflik dan dilema, fikiran pula melayang entah kemana dan kerja sekolah aku terbiar begitu saja, tiada penyudahannya. Hal ini berlaku selepas aku mendapat tawaran menyambung pengajian Diploma ke Politeknik di Shah Alam dan Kolej Poly-Tech Mara di Kuala Lumpur. Aku perlu memilih tempat pengajian antara 3 tempat, antara Tingkatan 6, Diploma Kejuruteraan Elektronik di Politeknik ataupun Diploma Account and Finance di KPTM.
KPTM
Politeknik
Pada masa ni aku perlu membuat keputusan dengan sebaiknya, kerana perkara ni melibatkan masa depan aku supaya aku tak menyesal dengan keputusan yang aku buat. Dengan bimbingan keluarga, rakan dan pihak yang berdekatan, mereka menyuruh agar melakukan Solat Istikharah. InsyaAllah, dengan pertolongan Ilahi, aku akan dapat keputusan yang seeloknya.
Sekian~~
*Memilih sesuatu perkara jangan terburu-buru, minta pertolongan Allah. Allah mengetahui perkara-perkara yang kita tidak tahu. Kerana Allah Tuhan yang Maha Mengetahui.




