Alhamdulillah, kali ni aku dapat buat pendahuluan yang agak panjang. Okeh la, taknak menaip panjang-panjang lagi, jenuh nak menaipnya.
Dengan ber'title'kan di atas, aku nak story sikit pasal perangai pengguna laman sosial ni. Tak kira la Facebook, Twitter, Friendster mahupun Myspace. Setiap laman sosial ni terselit pelbagai ragam dan telatahnya sendiri.
Facebook ataupun masyarakat sekarang memanggilnya 'mukabuku'..
Standard la kalau facebook ni kalau sering dikaitkan dengan 'Hotstuff', banyak likers, banyak orang Subscribes Follow dan sewaktu dengannya. Aku pun kadang-kadang biarkan je la dengan orang-orang yang cemburu dengan mereka ni. Aku bukan backup Hotstuff ni semua, cuma itukan rezeki mereka sehinggakan mereka mendapat peminat yang ramai. Mungkin kita akan menjadi Hotstuff kalau kita sign up laman sosial lain seperti Myspace atau Friendster. Rezeki ada dimana-mana..
Habis cerita pasal Facebook, sekarang ke Twitter pulak.
Twitter? popular dengan Twitfamous, Bash, Unfollow dan sebagainya.
Masa first aku buat akaun Twitter ni, aman damai, penuh dengan tweet cinta, kelakar mahupun jiwang. Aku boleh tergelak guling-guling kalau baca tweet diorang. Sampailah satu tahap bila ramai yang dah jelajah twitter, baru ada bash sana sini. Buat team/gang untuk kejar followers dan mahu jadi Hot di twitter. Sebenarnya bukan tak boleh tapi boleh je kejar followers tapi jangan sampai huru-hara kan twitter.*Fullstop, malas nak komen*
p/s: Biarlah orang pandang kita kerana kepandaian bukan kerana kebodohan.*kasaq sikit*




