Friday, 18 October 2013

Aku.

Aku hairan dengan mereka. Yang sentiasa mencari seseorang itu apabila susah dan melupakan pabila senang.

Aku hairan dengan mereka. Pabila sedih mencari seseorang dan pabila gembira sedikit pun tidak ambil tahu.

Aku sangsi dengan mereka. Yang hanya mahu pertolongan mencari seseorang dan pabila tiada masalah, hanya diam dan sepi.

Aku pelik dengan mereka. Pabila jatuh mencari seseorang dan pabila berada diatas hanya pandang sahaja.

Tidakku paham dengan manusia zaman ini. 
tapi, aku tak kisah
asalkan mereka bahagia.

Sunday, 6 October 2013

.noktah.

Dihari yang penuh kesunyian, suasana yang riuh kini sepi, kelibatan pelajar di asrama yang tidak henti tapi hari ini jarang sekali temui. Oh ya, hari cuti kebanyakkan mereka pergi keluar berjalan untuk menghiburkan hati.

******************************

Aku yang sentiasa berada di bilik asrama dan mula menyelak satu persatu helaian kertas dibuku mahupun nota-nota untuk menyelesaikan pelbagai tugas yang diberi oleh pelbagai pensyarah untuk di hantar tidak lama lagi. Selesai juga tugas-tugas itu walaupun hanya satu tulisan yang comot dan kurang jelas untuk di baca mahupun disemak. Kepala mula memberi amaran untuk direhatkan selepas seharian menggunakannya tanpa henti. Hati dan diri pun mengikut kehendak kepala.

Jari mula menyentuh phone, dan membuka conversation antara aku, ibu dan abah ku. Ya Allah, rindunya pada mereka, rindunya pada adik-adik aku. Rindu. Semangat yang teguh untuk menghadapi final exam yang tidak lama lagi, serta-merta rapuh begitu sahaja. Mata hampir mengeluarkan air mata, tingginya rindu aku. Hati mula tidak tenang, kepala penuh soalan dan semangat aku hilang. 

Tangan aku menyentuh buku, mata aku melihat ayat dan formula dipermukaan kertas dan otak mula menghafal apa yang dibaca tapi hampa, hanyalah seimbas lalu sahaja, tidak dapat menyimpan dalam memori. Kerana 'Rindu'. Ya Allah, tabahkan hati aku. Hari semakin hampir, semangat pula tiada. Adakah aku boleh lalui semua ini?Adakah aku patut balik ke rumah? Hanya persoalan

******************************

.Noktah.