21/11/2013. Tarikh result final exam aku keluar.
12.00pm aku cek result aku, Alhamdulillah dapat 3.5 keatas.
Bersyukur pada Ilahi kerana dengan rezeki yang dia bagi aku dapat 3.5 keatas. Bukan bangga tapi tidak percaya kerana result SPM aku bukanlah taraf yang tinggi. Bak kata orang tu, cukup-cukup makan nak masuk IPT, itupun Poli.
Ya, memang Politeknik sahaja, tapi tak kira anda belajar kat mana tapi tak belajar bersungguh-sungguh, tak guna juga.
Ya, memang segelintir masyarakat memandang rendah dengan pelajar Politeknik tapi mereka tidak tahu yang kami juga mempunyai pelbagai misi.
Ya, memang pelajar yang masuk Universiti dapat perhatian, tetapi jika mereka hanya gah pada nama tempat pengajian saja buat apa.
Kadang-kadang aku saja nak tanya, mereka yang memandang rendah ni dari Universiti ke? Kalau ya, aku bersyukur tak masuk Universiti sebab mereka tak mengajar nilai-nilai mahmudah dalam hati diorang.
Tapi jika tidak, aku harap aku dapat mendalami erti kesyukuran kerana dapat belajar di Politeknik walaupun mereka lebih "bawah" dari aku.
Simple. Bagi aku tidak kira kau pusing satu dunia untuk belajar tapi nilai-nilai islam kau hanyut, tak guna. TIDAK BERGUNA.
Hang nak belajar tak kira kat mana pun boleh, tapi jangan lupa belajar Agama. Itu wajib.


