Wednesday, 18 February 2015

Kerjaya

Assalamualaikum,

Dah lama guwa tak post kat blog ni. Tetiba pulak rindu nak menulis menaip menekan keyboard. Ada benda nak diceritakan dikongsikan dan difikirkan bersama. Sebenarnya entri kali ni bukan kena mengena dengan kerjaya guwa, apa yang guwa buat cuma pemandangan dan situasi semasa aku tengah kerja dengan kerjaya sekarang.

Okay

******

Sometimes, ada juga yang kata aku hebat itu hebat ini, guwa bukan nak menunjuk dan riak cuma ingin perbetulkan apa yang mereka menghakim dan memikir tentang zahir aku. Ada juga merasai keluhan mereka yang disampaikan kepada guwa dan member-member guwa semasa duduk satu meja lain kerusi. Dan ada juga mereka menyakat guwa dengan kata

"kalau kau boleh la mal, kau hebat".

*******

Guwa bukan nak marah dengan mereka yang kata guwa begitu. Tapi salah, sebenarnya guwa takda la hebat, kat sekolah selalu dan wajib failed dan guwa rasa kalau mereka nampak markah ujian guwa masa sekolah confirm kena gelak dan digelakkan. Guwa bukan tak suka, takpa ia satu doa sebab tu guwa diam senyum dan terkadang guwa buat tak dengar. Sebenarnya bendanya macam ni, guwa ada satu ayat nak bagi

"Talent can take you so far but Hard Work can take you everywhere"

So, guwa nak cakap kelebihan seseorang bukan satu perkara positif bagi mereka tetapi kerja keras lebih tinggi martabatnya. Nak hebat nak pandai nak berjaya? kena kerja keras.

Tamat.

******