Saturday, 23 February 2013

InsyaAllah, Suatu hari nanti..

Badan di sandarkan diatas kerusi, tangan ligat menulis dan menggerakkan tetikus, mata sibuk melihat monitor yang menayangkan video Matlutfi iaitu Hari Jubah. Memberi satu inspirasi dan semangat untuk aku meneruskan pengajian.

Sebenarnya dari dulu aku nak menyambung pelajaran diluar negara untuk course Kejuruteraan tapi aku rasa takut dan terasa kerdil untuk menyambung pelajaran diluar negara. Kerana disetiap keputusan peperiksaan aku, mesti ada failed. Menyebabkan aku hilang konfiden untuk menyambung pelajaran.

Result Trial SPM

Selepas aku dapat result macam ni, aku terus lemah semangat dan membuat keputusan untuk menyambung pelajaran di Tingkatan 6 dan meninggalkan segala cita-cita aku. 

Alhamdulillah, selepas menonton video Matluthfi, aku dapat rasa untuk bangkit semula. Dengan nasihat ibu bapa dan sumber-sumber internet, aku mengambil keputusan untuk mendaftar sebagai pelajar di Kolej Poly-Tech Mara *bulan April ni baru dorang akan buka semula untuk kemasukan pelajar ke Kolej tu*.

InsyaAllah dengan rezeki Allah dan doa-doa ibu bapa aku, aku mendapat tempat di kolej tu. Pray for me :) . Bak kata abah aku "Takpe la kalau kamu sambung belajar di negara sendiri dulu, tapi buat elok-elok sebab kolej tu akan hantar pelajar yang excellent ke luar negara". 

Okeyh, InsyaAllah aku akan buat yang terbaik tapi belajar mestilah dengan niat belajar kerana Allah bukan kerana nak pergi luar negara. (^_^)




p/s : Belajar ilmu dunia itu harus dan selainnya Fardu Kifayah tapi belajar ilmu Akhirat itu wajib. Belajarlah kamu ilmu dunia sehingga negeri China. 

No comments:

Post a Comment