Malasnya nak taip..Alamak dah tertaip pulak...teruskan je la menaip..*pendahuluan apakah ni* (-_-")
Okeh2, seperti yang dah termeterai dalam post terdahulu, aku akan meng'update' pasal kartun zaman muka aku masih lagi 'Guava' *Jambu*..Nak dijadikan cerita aku ni, bermula sebelum aku boleh update post sebelum ni..sebenarnya time aku tengah syok2 usha Tv yang mencahayakan kartun Tom and Jerry (channel 616)..Di situ terserlah idea nak update pasal kartun zaman dulu...
Okeh cukup kot, mukadimah yang aku tulis tu..kalau panjang lagi, konfem korang skip je kan..??..macam le aku taktau..hahahaha
Kartun first, konfem korang tau punya..
Dragon Ball
Memang kartun peberet ni..nak di story kartun ni pasal aku, bermula macam ni..Dulu kartun ni setiap hari Sabtu dan Ahad je..Pada satu hari tu, family aku nak pergi makan angin dekat Cameron Highland..Aku pun yang tak pernah miss kartun ni, terpaksa la aku tidak menge'join' pergi jenjalan..Di pagi Sabtu, mula lah kartun ni, tapi last-last episode yang sama..Arrgggghhhhh!!!!!!...rugi aku tak join..Balik je diorang jenjalan, abang aku tanya aku "Episode pagi tadi macam mana?. Goku...bla bla bla..."..Nak menipu, dosa pulak kan..Jadi, aku cakap la episode kali ni ulangan minggu lepas punya..dengan sepantas kilat abang aku gelakkan aku..kalau sekejap takpe, ni lama gila..siap repeat apa yg aku cakap...cb..
Kartun kedua pulak..
Popeye the Sailorman
Kartun ni dah jarang dah ada kat tv..Dulu ada la gak di siarkan dekat Tv9..best woo, kartun ni..Setiap pukul 2pm aku rasa kartun ni berlangsung..sebab time aku layan animasi ni, umur aku darjah 2..Time tengah syok layan cerita ni, datang lah persoalan dalam otak aku iaitu apa kena mengena makan bayam boleh kuat..Dengan muka penuh persoalan sambil membuat ayat yang dramatis, aku pun terus bertanya kat ayah aku..mcm ni situasinya..
Aku: " Bah, makan bayam boleh kuat ek, otot boleh jadi berketul ke..?? "
Abah: " Boleh, apa yang tak bolehnya..tapi makan tu tak kuat sangat..ada satu benda boleh jadi kuat macam Badang "
Aku: " Apa dia..?? "
Abah: " Makan besi sauh tu, Popeye makan besi sauh la sebab tu dia kuat dan ada label kat lengan dia tu..Bayam tu, acah-acah je "
Aku: " (-_-") "
P/s: Kalau budak zaman dulu cerita kat budak zaman sekarang pasal kartun ni, konfem hang otak dia..serba serbi taktau..kesian diorang..





No comments:
Post a Comment