Udara yang nyaman diiringi kesejukkan. Pemandangan yang menenangkan jiwa. Landskap yang penuh kehijauan. Terlihat pondok pengawal berhadapan Pusat Islam. Kelihatan pelajar yang beransur pulang. Fuhhh, hampir sebulan aku disini. Seperti kilat dihujan hari, sungguh pantas masa berlalu. Tetapi adakah aku dapat apa yang aku inginkan? Apa yang keluarga aku mahukan? Adakah aku sudah lakukannya?. Hanya sebuah persoalan.
Setelah bergelar siswa Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) hidup aku seperti biasa. Tabiat ketika sekolah menengah masih lagi terpaku di dalam diri. Adakah ini patut di biarkan atau perlu di singkirkan?. Satu persoalan timbul satu demi satu.
Adakah aku datang kesini hanya untuk berhibur dan menghabiskan masa? Adakah kursus yang aku ambil ini satu kursus yang senang tanpa belajar sudah dapat A? Apa yang aku perlu buat untuk merealisasikan harapan ibu bapa ku? Persoalan demi persoalan.
Setelah mendiamkan diri sambil ditemani angin yang tenang, aku mula menjawab soalan demi soalan di dalam hati. Penghuni lihat seperti aku tiada apa-apa, tetapi di dalam diri sedang mencari misi sebenar aku datang ke PSA ini.
Di samping menenangkan diri, satu titis air mata keluar. Bukan kerana aku lemah, bukan kerana aku rindu tetapi terbayang wajah ibu bapa aku jika mereka melihat keputusan aku yang teruk. Adakah keputusan begitu yang aku perlu tunjuk pada mereka, ataupun keputusan yang mereka tidak pernah jangka sebelum ini?.
Khayalan aku terusik seketika apabila kedengaran ayat Al-Quran dari Pusat Islam memandangkan sudah masuk waktu Zuhur. Mungkin ini kuasa Allah mahu Dia tunjukkan kepada aku. Setelah habis mempersoalkan diri, tepat pada masanya untuk berdoa kepada Allah.
"Ibu dengan Abah sentiasa mendoakan iqmal berjaya dengan bidang yang diceburi. Ibu dengan abah harap, iqmal sentiasa belajar dengan tekun, untuk mendapat kejayaan di dunia ataupun di akhirat. Abah harap uda tidak mengecewakan keluarga." InsyaAllah, i'm do the best.
p/s: Kejayaan seseorang bukan terletak pada kepandaiannya tetapi kepada patuhnya terhadap agama, ibu bapanya dan kepada tenaga pengajarnya.



No comments:
Post a Comment