Thursday, 26 September 2013

Title.

Ditemani hari yang sering dituruni hujan. Angin yang sentiasa menemani setiap titisan air yang menuruni dari langit. Warna langit juga semakin menggelap. Fikiran juga bercelaru dengan pelbagai assignment dan juga pelbagai masalah lain. Aku terduduk termenung sendirian dan memikirkan segala kerja-kerja yang telah diberi. Serabut. Itu yang boleh aku ungkapkan. Sedang terduduk termenung, kenangan bersama kawan-kawan sekolah menengah mula menghantui fikiran. Apa yang mereka sedang lalui sekarang ini. Adakah sama seperti aku, atau sebaliknya.

****************************************

Sedang duduk bersendirian, terlintas sesuatu dalam fikiran. Sesuatu yang sentiasa terlintas ketika duduk bersendirian, iaitu mengenai 'Aku'. Aku bukan baik dan aku bukan jahat tetapi aku seorang yang sentiasa dan seringkali melakukan dosa-dosa tanpa titik noktah. Terkadang aku ter'Riak', takabbur, sombong dan sedikit berlagak. Seringkali aku ingin mengubah sikap tetapi hasilnya yang hambar dan sia-sia. Mungkin salah aku kerana kurangnya iman didalam diri. Bukan salah kedua ibubapa aku tetapi itu salah aku kerana mengambil remeh setiap perkara yang diajar dan yang ibubapa aku didik semasa aku kecil. 

Mungkin ramai yang kurang senang dengan sifat aku, perangai aku dan segala perbuatan aku. Tetapi aku tetap bersyukur kerana ada sesetengah yang masih bersembang dengan aku. Terkadang aku ingin mendiamkan diri daripada terus berkata-kata tetapi itu hanya niat semata-mata. Niat yang berlalu pergi tanpa sebarang usikan.

***************************************

Noktah.






p/s: manusia sentiasa melakukan kesilapan, tetapi jika manusia sentiasa melakukan kesilapan yang sama itu bukan lagi kesilapan tapi tabiat buruk.




No comments:

Post a Comment