21/11/2013. Tarikh result final exam aku keluar.
12.00pm aku cek result aku, Alhamdulillah dapat 3.5 keatas.
Bersyukur pada Ilahi kerana dengan rezeki yang dia bagi aku dapat 3.5 keatas. Bukan bangga tapi tidak percaya kerana result SPM aku bukanlah taraf yang tinggi. Bak kata orang tu, cukup-cukup makan nak masuk IPT, itupun Poli.
Ya, memang Politeknik sahaja, tapi tak kira anda belajar kat mana tapi tak belajar bersungguh-sungguh, tak guna juga.
Ya, memang segelintir masyarakat memandang rendah dengan pelajar Politeknik tapi mereka tidak tahu yang kami juga mempunyai pelbagai misi.
Ya, memang pelajar yang masuk Universiti dapat perhatian, tetapi jika mereka hanya gah pada nama tempat pengajian saja buat apa.
Kadang-kadang aku saja nak tanya, mereka yang memandang rendah ni dari Universiti ke? Kalau ya, aku bersyukur tak masuk Universiti sebab mereka tak mengajar nilai-nilai mahmudah dalam hati diorang.
Tapi jika tidak, aku harap aku dapat mendalami erti kesyukuran kerana dapat belajar di Politeknik walaupun mereka lebih "bawah" dari aku.
Simple. Bagi aku tidak kira kau pusing satu dunia untuk belajar tapi nilai-nilai islam kau hanyut, tak guna. TIDAK BERGUNA.
Hang nak belajar tak kira kat mana pun boleh, tapi jangan lupa belajar Agama. Itu wajib.
Thursday, 21 November 2013
Friday, 18 October 2013
Aku.
Aku hairan dengan mereka. Yang sentiasa mencari seseorang itu apabila susah dan melupakan pabila senang.
Aku hairan dengan mereka. Pabila sedih mencari seseorang dan pabila gembira sedikit pun tidak ambil tahu.
Aku sangsi dengan mereka. Yang hanya mahu pertolongan mencari seseorang dan pabila tiada masalah, hanya diam dan sepi.
Aku pelik dengan mereka. Pabila jatuh mencari seseorang dan pabila berada diatas hanya pandang sahaja.
Tidakku paham dengan manusia zaman ini.
tapi, aku tak kisah
asalkan mereka bahagia.
Sunday, 6 October 2013
.noktah.
Dihari yang penuh kesunyian, suasana yang riuh kini sepi, kelibatan pelajar di asrama yang tidak henti tapi hari ini jarang sekali temui. Oh ya, hari cuti kebanyakkan mereka pergi keluar berjalan untuk menghiburkan hati.
******************************
Aku yang sentiasa berada di bilik asrama dan mula menyelak satu persatu helaian kertas dibuku mahupun nota-nota untuk menyelesaikan pelbagai tugas yang diberi oleh pelbagai pensyarah untuk di hantar tidak lama lagi. Selesai juga tugas-tugas itu walaupun hanya satu tulisan yang comot dan kurang jelas untuk di baca mahupun disemak. Kepala mula memberi amaran untuk direhatkan selepas seharian menggunakannya tanpa henti. Hati dan diri pun mengikut kehendak kepala.
Jari mula menyentuh phone, dan membuka conversation antara aku, ibu dan abah ku. Ya Allah, rindunya pada mereka, rindunya pada adik-adik aku. Rindu. Semangat yang teguh untuk menghadapi final exam yang tidak lama lagi, serta-merta rapuh begitu sahaja. Mata hampir mengeluarkan air mata, tingginya rindu aku. Hati mula tidak tenang, kepala penuh soalan dan semangat aku hilang.
Tangan aku menyentuh buku, mata aku melihat ayat dan formula dipermukaan kertas dan otak mula menghafal apa yang dibaca tapi hampa, hanyalah seimbas lalu sahaja, tidak dapat menyimpan dalam memori. Kerana 'Rindu'. Ya Allah, tabahkan hati aku. Hari semakin hampir, semangat pula tiada. Adakah aku boleh lalui semua ini?Adakah aku patut balik ke rumah? Hanya persoalan
******************************
.Noktah.
Thursday, 26 September 2013
Title.
Ditemani hari yang sering dituruni hujan. Angin yang sentiasa menemani setiap titisan air yang menuruni dari langit. Warna langit juga semakin menggelap. Fikiran juga bercelaru dengan pelbagai assignment dan juga pelbagai masalah lain. Aku terduduk termenung sendirian dan memikirkan segala kerja-kerja yang telah diberi. Serabut. Itu yang boleh aku ungkapkan. Sedang terduduk termenung, kenangan bersama kawan-kawan sekolah menengah mula menghantui fikiran. Apa yang mereka sedang lalui sekarang ini. Adakah sama seperti aku, atau sebaliknya.
****************************************
Sedang duduk bersendirian, terlintas sesuatu dalam fikiran. Sesuatu yang sentiasa terlintas ketika duduk bersendirian, iaitu mengenai 'Aku'. Aku bukan baik dan aku bukan jahat tetapi aku seorang yang sentiasa dan seringkali melakukan dosa-dosa tanpa titik noktah. Terkadang aku ter'Riak', takabbur, sombong dan sedikit berlagak. Seringkali aku ingin mengubah sikap tetapi hasilnya yang hambar dan sia-sia. Mungkin salah aku kerana kurangnya iman didalam diri. Bukan salah kedua ibubapa aku tetapi itu salah aku kerana mengambil remeh setiap perkara yang diajar dan yang ibubapa aku didik semasa aku kecil.
Mungkin ramai yang kurang senang dengan sifat aku, perangai aku dan segala perbuatan aku. Tetapi aku tetap bersyukur kerana ada sesetengah yang masih bersembang dengan aku. Terkadang aku ingin mendiamkan diri daripada terus berkata-kata tetapi itu hanya niat semata-mata. Niat yang berlalu pergi tanpa sebarang usikan.
***************************************
Noktah.
p/s: manusia sentiasa melakukan kesilapan, tetapi jika manusia sentiasa melakukan kesilapan yang sama itu bukan lagi kesilapan tapi tabiat buruk.
Wednesday, 31 July 2013
Seimbas lalu.
Pada waktu itu cuaca semakin gelap, jam di tangan menunjukkan pukul 7.15pm. Menandakan waktu berbuka semakin hampir. Dengan tergesa-gesa aku pergi ke foodcourt untuk membeli sepinggan makanan untuk santapan berbuka yang bakal tiba kurang 20 minit lagi.
Selepas selesai mengambil dan membayar juadah berbuka, aku menyinggah ke meja berhadapan kedai photocopy. Mata tidak lekang melihat juadah dan jam di tangan, telinga tidak terlepas dari mendengar perkataan yang disebut oleh pengunjung di situ.
Secara tidak sengaja, mata aku menuju tepat pada seorang pakcik yang sudah lewat usianya. Aku memerhati pakcik itu tanpa sebarang gangguan. Aku terlihat pakcik yang hanya memakai kopiah berkain pelikat dan disarungkan baju t-shirt yang agak usang.
Dalam hati aku menuju pelbagai persoalan, perkataan, dan jawapan tanpa nokhtah. Hati ku sayu melihat pakcik itu setelah melihat dia mengambil pakaian, makanan dan pelbagai alatan makanan di dalam tong sampah. Tong sampah yang menjadi almari baju dia, tong sampah yang menjadi tempat letak makanan dan tong sampah untuk meletakkan alatan dia seperti periuk, cawan, pinggan dan lain-lain.
Timbul satu persoalan dalam fikiran iaitu "Mana anak-anak dia?, tak kesian ke lihat ayah dia macam ni? Takkan la dah berjaya, tinggalkan ayahnya dalam keadaan macam ni?" Sayu di dalam diri mula muncul.
Keinsafan aku diganggu oleh kawan kerana bertanyakan waktu sekarang. Selepas menjawab pertanyaan dia, terlintas satu situasi di dalam fikiran. "Adakah aku mahu ibu bapa aku dalam keadaan begini? Mahukah aku masuk ke neraka Allah kerana mengabaikan orang tua aku?". Timbul soalan keinsafan dalam pemikiran.
Tidak lama kemudian, jeritan Azan mula berkumandang di Pusat Islam. Dengan melihat juadah di depan mata, aku bersyukur kerana walaupun aku banyak buat salah kepada ibu bapa aku, namun mereka tidak terlepas tangan untuk memberi rezeki kepada aku mahupun anak-anaknya yang lain.
p/s: Kebahagiaan ibu bapa bukan terletak pada harta anaknya, bukan terletak pada kecantikkan anaknya tetapi cukup sekadar dapat membalas budi mereka. Itupun sudah membuat hati mereka gembira dan tenang.

Monday, 29 July 2013
Perjuangan, harapan dan misi.
Udara yang nyaman diiringi kesejukkan. Pemandangan yang menenangkan jiwa. Landskap yang penuh kehijauan. Terlihat pondok pengawal berhadapan Pusat Islam. Kelihatan pelajar yang beransur pulang. Fuhhh, hampir sebulan aku disini. Seperti kilat dihujan hari, sungguh pantas masa berlalu. Tetapi adakah aku dapat apa yang aku inginkan? Apa yang keluarga aku mahukan? Adakah aku sudah lakukannya?. Hanya sebuah persoalan.
Setelah bergelar siswa Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) hidup aku seperti biasa. Tabiat ketika sekolah menengah masih lagi terpaku di dalam diri. Adakah ini patut di biarkan atau perlu di singkirkan?. Satu persoalan timbul satu demi satu.
Adakah aku datang kesini hanya untuk berhibur dan menghabiskan masa? Adakah kursus yang aku ambil ini satu kursus yang senang tanpa belajar sudah dapat A? Apa yang aku perlu buat untuk merealisasikan harapan ibu bapa ku? Persoalan demi persoalan.
Setelah mendiamkan diri sambil ditemani angin yang tenang, aku mula menjawab soalan demi soalan di dalam hati. Penghuni lihat seperti aku tiada apa-apa, tetapi di dalam diri sedang mencari misi sebenar aku datang ke PSA ini.
Di samping menenangkan diri, satu titis air mata keluar. Bukan kerana aku lemah, bukan kerana aku rindu tetapi terbayang wajah ibu bapa aku jika mereka melihat keputusan aku yang teruk. Adakah keputusan begitu yang aku perlu tunjuk pada mereka, ataupun keputusan yang mereka tidak pernah jangka sebelum ini?.
Khayalan aku terusik seketika apabila kedengaran ayat Al-Quran dari Pusat Islam memandangkan sudah masuk waktu Zuhur. Mungkin ini kuasa Allah mahu Dia tunjukkan kepada aku. Setelah habis mempersoalkan diri, tepat pada masanya untuk berdoa kepada Allah.
"Ibu dengan Abah sentiasa mendoakan iqmal berjaya dengan bidang yang diceburi. Ibu dengan abah harap, iqmal sentiasa belajar dengan tekun, untuk mendapat kejayaan di dunia ataupun di akhirat. Abah harap uda tidak mengecewakan keluarga." InsyaAllah, i'm do the best.
p/s: Kejayaan seseorang bukan terletak pada kepandaiannya tetapi kepada patuhnya terhadap agama, ibu bapanya dan kepada tenaga pengajarnya.

Labels:
harapan,
Iqmal Fiqri,
kemahuan,
misi,
motivasi,
pemikiran,
perjuangan
Thursday, 13 June 2013
Typical Malaysian versi Pengguna Laman Sosial
Aku pulang ke rumah dan berehat selepas penat bekerja, melayan mood dan melihat pemandangan di luar rumah yang bercuacakan mendung dan angin yang bertiup sempoi-sempoi bahasa..Di jalan depan rumah terlihat budak-budak sekolah rendah mengayuh Fixie, orang dewasa pula menunggang motosikal sambil bergelak ketawa dengan rakannya yang berada di sebelah dan jiran-jiran yang sibuk membawa kereta untuk mengambil anaknya dari sekolah menengah..Sungguh tenang dan aman pada petang itu..Bermodalkan telepon yang lama dan agak rare di kalangan masyarakat pada masa ini, aku pun online facebook dan twitter..Bermacam kerenah dan perangai setiap pengguna laman sosial itu, menyebabkan aku fokus membaca dan melayan kerenah mereka..Oleh sebab itu, aku mendapat idea untuk menulis entri pada kali ni yang bertajuk kan seperti entri yang lepas, cuma versi yang lain..
Alhamdulillah, kali ni aku dapat buat pendahuluan yang agak panjang. Okeh la, taknak menaip panjang-panjang lagi, jenuh nak menaipnya.
Dengan ber'title'kan di atas, aku nak story sikit pasal perangai pengguna laman sosial ni. Tak kira la Facebook, Twitter, Friendster mahupun Myspace. Setiap laman sosial ni terselit pelbagai ragam dan telatahnya sendiri.
Facebook ataupun masyarakat sekarang memanggilnya 'mukabuku'..

Standard la kalau facebook ni kalau sering dikaitkan dengan 'Hotstuff', banyak likers, banyak orang Subscribes Follow dan sewaktu dengannya. Aku pun kadang-kadang biarkan je la dengan orang-orang yang cemburu dengan mereka ni. Aku bukan backup Hotstuff ni semua, cuma itukan rezeki mereka sehinggakan mereka mendapat peminat yang ramai. Mungkin kita akan menjadi Hotstuff kalau kita sign up laman sosial lain seperti Myspace atau Friendster. Rezeki ada dimana-mana..
Habis cerita pasal Facebook, sekarang ke Twitter pulak.
Twitter? popular dengan Twitfamous, Bash, Unfollow dan sebagainya.
Masa first aku buat akaun Twitter ni, aman damai, penuh dengan tweet cinta, kelakar mahupun jiwang. Aku boleh tergelak guling-guling kalau baca tweet diorang. Sampailah satu tahap bila ramai yang dah jelajah twitter, baru ada bash sana sini. Buat team/gang untuk kejar followers dan mahu jadi Hot di twitter. Sebenarnya bukan tak boleh tapi boleh je kejar followers tapi jangan sampai huru-hara kan twitter.*Fullstop, malas nak komen*
p/s: Biarlah orang pandang kita kerana kepandaian bukan kerana kebodohan.*kasaq sikit*
Saturday, 25 May 2013
Antara pelbagai pilihan.
Malam yang penuh kesepian, masing-masing dengan agendanya sendiri. Ada yang menanda kertas soalan, ada yang main game 'pou', ada yang online mahupun merehatkan diri setelah seharian buat kerja rumah.
Didalam hati penuh dengan keinginan, di kepala pula penuh dengan konflik dan dilema, fikiran pula melayang entah kemana dan kerja sekolah aku terbiar begitu saja, tiada penyudahannya. Hal ini berlaku selepas aku mendapat tawaran menyambung pengajian Diploma ke Politeknik di Shah Alam dan Kolej Poly-Tech Mara di Kuala Lumpur. Aku perlu memilih tempat pengajian antara 3 tempat, antara Tingkatan 6, Diploma Kejuruteraan Elektronik di Politeknik ataupun Diploma Account and Finance di KPTM.
KPTM
Politeknik
Pada masa ni aku perlu membuat keputusan dengan sebaiknya, kerana perkara ni melibatkan masa depan aku supaya aku tak menyesal dengan keputusan yang aku buat. Dengan bimbingan keluarga, rakan dan pihak yang berdekatan, mereka menyuruh agar melakukan Solat Istikharah. InsyaAllah, dengan pertolongan Ilahi, aku akan dapat keputusan yang seeloknya.
Sekian~~
*Memilih sesuatu perkara jangan terburu-buru, minta pertolongan Allah. Allah mengetahui perkara-perkara yang kita tidak tahu. Kerana Allah Tuhan yang Maha Mengetahui.
Sunday, 17 March 2013
Typical Malaysian (Budak Sekolah)
Let me speak, let me speak, listen~~..*Pendahuluan ayat yang sangat dramatis*
Entri kali seperti tajuk yang dah diluluskan seperti diatas..tajuk tu aku dapat daripada tempat aku berlatih lesen memandu..time tengah syok merehatkan diri daripada kepanasan matahari, ada satu amoi datang tempat berehat yang sedang aku duduk sambil membawa sebotol air minuman 1.5liter..sedang dok perhati dia, dapat la satu idea tentang perkara yang biasa Rakyat Malaysia lakukan..
Nak dijadikan cerita, mengenai amoi tersebut..Selalunya budak-budak Cina ni suka bawak air botol besar, lebih-lebih lagi time persekolahan..Majoriti semua budak cina tak pernah miss air botol dorang..Tapi, cerita mengenai perkara ni, teringat aku time zaman persekolahan..suatu peristiwa yang tak boleh di lupakan..Rahsia tetap dalam genggaman kami..
Story-nya bermula macam ni, masa kitorang zaman sekolah rendah tapi aku lupa darjah berapa..Bagi lelaki memang suka subjek PJK, tapi kitorang ni jenis malas bawak air..suka rembat je air yang ada kat dalam kelas*jahat betul aku ni*..Lepas kitorang mem'PJ'kan diri, terserlah kehausan di setiap anak tekak kitorang..Nak dijadikan cerita, kitorang minum la satu botol air yang berkuantiti 500ml..Sedar tak sedar, dah tinggal sikit..Dengan mengambil langkah dramatis, aku 'songlap' air botol budak cina kelas aku *Budak ni selalu bawak botol besar berkuantiti 1.5liter*
then isi kat dalam botol 500ml tu..Dengan buat muka selamba + muka suci + muka dont' know, biarkan je pemilik asal air botol 500ml tu minum..Kitorang tengok dia sedap je minum air tu, kira ok la kan..??..hehehehe
Kemudian aku nak story typical malaysian pasal budak sekolah pulak..Yang ni aku baik sikit, tak de buat kerja jahat..muka suci je..Kisah nya, pasal budak kelas aku yang tak pernah reti nak pulangkan balik barang yang dah dorang pinjam..Tau-tau je bila mintak balik, konfem dorang cakap macam ni "Entah, mana aku tau..aku dah pulangkan..Tu pen aku, baru beli semalam"..Oleh sebab tu, aku menjadi seorang yang kedekut tahap tertinggi..hahaha
p/s: Perangai semasa di sekolah itulah akan menjadi suatu kenangan yang tak dapat dilupakan..walaupun perkara itu pahit untuk dilalui namun akan menjadi manis apabila kita merinduinya..

Saturday, 23 February 2013
InsyaAllah, Suatu hari nanti..
Badan di sandarkan diatas kerusi, tangan ligat menulis dan menggerakkan tetikus, mata sibuk melihat monitor yang menayangkan video Matlutfi iaitu Hari Jubah. Memberi satu inspirasi dan semangat untuk aku meneruskan pengajian.
Sebenarnya dari dulu aku nak menyambung pelajaran diluar negara untuk course Kejuruteraan tapi aku rasa takut dan terasa kerdil untuk menyambung pelajaran diluar negara. Kerana disetiap keputusan peperiksaan aku, mesti ada failed. Menyebabkan aku hilang konfiden untuk menyambung pelajaran.

Result Trial SPM
Selepas aku dapat result macam ni, aku terus lemah semangat dan membuat keputusan untuk menyambung pelajaran di Tingkatan 6 dan meninggalkan segala cita-cita aku.
Alhamdulillah, selepas menonton video Matluthfi, aku dapat rasa untuk bangkit semula. Dengan nasihat ibu bapa dan sumber-sumber internet, aku mengambil keputusan untuk mendaftar sebagai pelajar di Kolej Poly-Tech Mara *bulan April ni baru dorang akan buka semula untuk kemasukan pelajar ke Kolej tu*.
InsyaAllah dengan rezeki Allah dan doa-doa ibu bapa aku, aku mendapat tempat di kolej tu. Pray for me :) . Bak kata abah aku "Takpe la kalau kamu sambung belajar di negara sendiri dulu, tapi buat elok-elok sebab kolej tu akan hantar pelajar yang excellent ke luar negara".
Okeyh, InsyaAllah aku akan buat yang terbaik tapi belajar mestilah dengan niat belajar kerana Allah bukan kerana nak pergi luar negara. (^_^)
p/s : Belajar ilmu dunia itu harus dan selainnya Fardu Kifayah tapi belajar ilmu Akhirat itu wajib. Belajarlah kamu ilmu dunia sehingga negeri China.
Friday, 15 February 2013
Pada Zaman Dahulu (Kartun)
Malasnya nak taip..Alamak dah tertaip pulak...teruskan je la menaip..*pendahuluan apakah ni* (-_-")
Okeh2, seperti yang dah termeterai dalam post terdahulu, aku akan meng'update' pasal kartun zaman muka aku masih lagi 'Guava' *Jambu*..Nak dijadikan cerita aku ni, bermula sebelum aku boleh update post sebelum ni..sebenarnya time aku tengah syok2 usha Tv yang mencahayakan kartun Tom and Jerry (channel 616)..Di situ terserlah idea nak update pasal kartun zaman dulu...
Okeh cukup kot, mukadimah yang aku tulis tu..kalau panjang lagi, konfem korang skip je kan..??..macam le aku taktau..hahahaha
Kartun first, konfem korang tau punya..
Dragon Ball
Memang kartun peberet ni..nak di story kartun ni pasal aku, bermula macam ni..Dulu kartun ni setiap hari Sabtu dan Ahad je..Pada satu hari tu, family aku nak pergi makan angin dekat Cameron Highland..Aku pun yang tak pernah miss kartun ni, terpaksa la aku tidak menge'join' pergi jenjalan..Di pagi Sabtu, mula lah kartun ni, tapi last-last episode yang sama..Arrgggghhhhh!!!!!!...rugi aku tak join..Balik je diorang jenjalan, abang aku tanya aku "Episode pagi tadi macam mana?. Goku...bla bla bla..."..Nak menipu, dosa pulak kan..Jadi, aku cakap la episode kali ni ulangan minggu lepas punya..dengan sepantas kilat abang aku gelakkan aku..kalau sekejap takpe, ni lama gila..siap repeat apa yg aku cakap...cb..
Kartun kedua pulak..
Popeye the Sailorman
Kartun ni dah jarang dah ada kat tv..Dulu ada la gak di siarkan dekat Tv9..best woo, kartun ni..Setiap pukul 2pm aku rasa kartun ni berlangsung..sebab time aku layan animasi ni, umur aku darjah 2..Time tengah syok layan cerita ni, datang lah persoalan dalam otak aku iaitu apa kena mengena makan bayam boleh kuat..Dengan muka penuh persoalan sambil membuat ayat yang dramatis, aku pun terus bertanya kat ayah aku..mcm ni situasinya..
Aku: " Bah, makan bayam boleh kuat ek, otot boleh jadi berketul ke..?? "
Abah: " Boleh, apa yang tak bolehnya..tapi makan tu tak kuat sangat..ada satu benda boleh jadi kuat macam Badang "
Aku: " Apa dia..?? "
Abah: " Makan besi sauh tu, Popeye makan besi sauh la sebab tu dia kuat dan ada label kat lengan dia tu..Bayam tu, acah-acah je "
Aku: " (-_-") "
P/s: Kalau budak zaman dulu cerita kat budak zaman sekarang pasal kartun ni, konfem hang otak dia..serba serbi taktau..kesian diorang..
Thursday, 7 February 2013
Akan buzy~~Quick Update~~
Alhamdulillah~~!!!!! rasa syukur pada yang Maha Esa..huhuhu
Story about entri mengenai kerja yang aku baru dapat tadi dan baru di'interview'..Alhamdulillah, semuanya memenuhi kriteria yang tempat kerja aku tu mahukan..
Kerja aku ni sebagai 'Cook' di KFC Sabak Bernam..sebenarnya, aku mana dengar sangat apa yang dia cakap, aku kata 'okeyh, okeyh dan okeyh'..sebab aku tak ada masalah sangat bab kerja ni..Walaupun tadi, aku tanya kawan aku macam mana kerja dekat dapur..Katanya "Abes la kau, kerja situ kena angkat benda berat je.."..itu je..??..don't worry la, aku ni kerja katering dan BodyBuilder *okeyh itu tipu*..huhuhuhu
Lepas abes dia meng'interview' aku, seterusnya dia bagi baju, apron dan peralatan lain dekat aku..Antaranya:

Baju Kuda Belang yang dah kena nila..hahahaha
Apron khas untuk Chef terkenal *itu tipu*
Topi Maher Zain..
Selepas manager bagi benda ni, dia tulis sesuatu dekat kertas..benda-benda yang dia suruh bawak dan suruh aku buat..aku baca satu-satu dan yang last sekali tu, buat aku rasa cuak sikit..Suntikan Typhoid..Kena suntik jugak ke..??..Arrggghhhhh!!!!..Takpe la demi kerja kan..aku sanggup menghadapinya...
Lepas baca tu sume, manager tu cakap "Nanti cukur ye, misai dengan janggut mcm pekerja dekat sini"..Ha????!!!!!!!!!!...aku baru je nak tunjukkan janggut aku time amek result SPM nanti, nampak sikit alim dan waraknya aku..hahahaha...Apapun, doakan yangt terbaik untuk kerja aku ni..Laen hari, aku update cara pekerjaan aku pulak..
P/s: Kerja membuatkan seseorang itu penat dan merungut tapi percayalah dihujung bulan, anda rasa seronok yang tak terkata..
*Sory, sebab entri yang patut aku update dulu, tak dapat nak di jalankan dengan jayanya..InsyaAllah, next month*
Labels:
Baju,
Iqmal Fiqri,
Kerja,
KFC,
Qiuck Update,
Simple..
Friday, 1 February 2013
Pada Zaman Dahulu (Permainan Video)
Listen Listen Listen...
okeh, saja nak mengutuk SZJ..*harap tak kena bash**sedih*
Seperti yang dijanjikan oleh post terdahulu, kini aku menceritakan kisah video game zaman aku dulu...Nak kata, dah lapuk, still orang ingat..jadi, aku story pendek2 je la ye..
Game first,

Super Mario legend
Haaaaa~~..game ni game paling aku menyampah sebab tak pernah nak menang..ade je kesilapan yang dibuatnya..naseb baek dulu bukan TV jenis Flat skrin dan bukan jenis nipis, kalau tak, mesti kena beli baru je sebab banyak kali aku tumbuk skrin tu..haha *bad habut**tolong liqiud typo itu dan tulis semua di skrin anda..Terima kasih* (-_-")
Selain daripada itu. game ni hah, siapa budak hujung 90-an tau game ni..
Contra legend
Game ni best sikit, xbuat aku bengang, tapi buat aku tension sebab kadang aku main 2player dengan abang aku..dia ni kecut sikit, asyik taknak serang je..nanti, nyawa aku jugak tinggal sikit..tapi, apapapun best in the world game ni..ala2 game Commandor..selalu aku maen game tape je *okeh terasa nak update pasal alat permainan video plak pasni*..
Game last, game yang simple tapi jarang menang..
Pacman legend
Game ni aku tak selalu maen, bukan sebab simple tapi asyik kalah, kalah dan kalah...teringin nak menang *sob~sob~sob~*...tapi aku baca history pasal pacman ni..dulu namanya Puckman, tapi ditukar takut budak2 yang terlebih belajar akan vandalisme kan nama game ni..cuba tukar huruf 'P' dari 'Puckman" ni kepada 'F'..bukankah jadi 'F**kman*..??.*okeh, stop*
So, itu je la yang nak aku ceritakan..malas panjang2 sebab aku tak rajin..kalau aku rajin nanti, aku update panjang2..*tak janji*..
*p/s: tidakkah anda merindui zaman kegemilangan semasa anda kecil.??
Friday, 25 January 2013
Pada Zaman Dahulu (Permainan)
Dengan hati yang terbuka, dengan tangan yang ikhlas dan dengan otak yang tetiba segar, aku update blog..
Walaupun kena buat dua kali, tetapi, aku meng'ihklas'kan diri jugak..*tekan apatah terus hilang semua**sedih*...
Okeh, post yang lepas dah 'berkata' nak update pasal permainan zaman dahulu pulak kan.??.okeh kini disertakan..permainan ni korang pon dah tau kot..so, aku story about aku dengan permainan ni..*serius*
Ni haaa, permainan pertama..
Lawan penutup botol
Legend game ni..best woo..nak dijadikan cerita, aku dengan member aku ni agak terer la gak maen benda ni..suatu hari ada fight 'Besar' dengan member aku ni, sapa menang kena belanja eskrem dalam mangkuk kertas kat kedai seberang jalan*eskremnya banyak zaman dulu jenama Nestle, mahal tu dalam Rm 3.00 satu*..nak jadikan cerita, aku ni bijak sikit..pandai2 la aku tambah2 mata bagi banyak sikit, budak laen angguk je..hebatkan aku..hahahaha
Selain daripada hal yang demikian,
Konda kondi
Siapa yang tak pernah maen benda ni, tak awesome *okeh, jangan bash aku..sekadar cakap je*..nak cerita game ni maen macam mana, tak pe kot..sebab kat gamba rajah tu dah tunjuk, ataupun search je google..story pasal ni bergendang macam ni, benda ni aku maen depan umah je..ada tanah lapang sikit depan rumah aku kat Taman Bedena, Jalan Badam *rumah dulu*..so, time tengah nak sambut kayu yang bergolek atas udara, kebelakang-kebelakang, then, BAMMM!!!, terlanggar awek..disitu mata berpandangan mata.*Fullstop*
Last-last..permainan yang konfem korang tau..
Ting Tong *Teng Teng sebenarnya*
Legend gak kot game tersebut..susah dah orang-orang dibandar nak maen benda ni, tidak kira di Malaysia mahupun di Uganda..Straight to the point, game ni banyak kenangan kat aku sebab game yang selalu buat aku sakit..mana tak nya, masa darjah satu kot aku dah maen benda alah tersebut..time tu tinggi aku dalam 153+, then yang si pembuatnya tak tengok kelemahan aku, ada ke patut lukis kotaknye beso-beso..mana la sampai nak lompat..kalau lompat pon selalu jatuh..oleh itu tangan aku selalu seliuh, punggung ku kesakitan..
Tu je kot..tapi banyak lagi kan, aku tau itu..korang update la yang selebihnya di blog korang, pastu aku pulak nak baca..story about korang pulak..hahhaa
post seterusnya mungkin permainan video pulak..video game apa yang popular zaman aku dulu..*tak janji tapi nanti kan*
p/s: Kemajuan dalam sistem teknologi menyebabkan mereka tidak dapat satu pengalaman yang menarik di zaman kanak-kanak..*kesian**sedih*
Wednesday, 23 January 2013
Pada Zaman Dahulu (Bab Sekolah)
Holla Holla..
Semakin rancak aku mengeng'belog'..sejak ada kerjaya ni, makin banyak idea..tengah banyak idea ni, apa lagi update belog cepat2..haha
Okeh, mukadimahnya macam ni..Masa aku dok jenjalan Supermarket PaBillion kat Sabak ni, terlihat la aku dengan satu menatang ni..
Gam Chunbe Legend
Tiba-tiba, aku teringat balik benda-benda yang popular pada zaman sekolah dulu..
Nak di jadikan cerita, dulu gam ni paling banyak di jual kat koperasi sekolah aku..apa yang best pasal gam ini ialah melekat dan senang dikendalikan *ye, kot*..tapi selalunya aku pakai sehari je sebab aku letak kat beg, teros terbokak penutup dan tumpah kat beg *sedih*..
Selain tu, Kapur tulis
Kapur Tulis LegendI
Benda ni, kenangan beb..kalau korang tengok kartun yang dorang balik kapur tulis ni kat budak2, aku pun pernah kena beb..Disebabkan aku cakap dekat kelas, dah kena baling *aku bisik je kot, macam mana cikgu boleh marah macam gorilla tah*..tapi yang bestnya pasal kapur ni ialah curi kapur cikgu sebab nak buat tapak teng teng *okeyh, teringat permainan zaman dahulu, nan ti aku post kalau rajin*
Seterusnya, Of course Papan Hitam
Papan Hitam legend
Aku pon taktau kenapa benda legend ni dipanggil papan hitam sedangkan time aku dulu warna hijau tua..Apapapun this is so Awesome..takde la cepat rosak macam papan putih..ada je kesan-kesan marker pen yang tak boleh hilang..
Sebenarnya banyak lagi benda sekolah zaman dahulu macam pemadam 20sen, pembaris seposen yang cepat patah tu, pisau lipat, kertas warna coklat low quality dan banyak lagi..tapi kalau aku malas la pulak nak berhujah panjang2..nanti bab permainan pulak, nanti kan..hahaha
p/s : Dunia semakin maju membuatkan kita alpa apa yang telah mengajar kita tentang kesusahan zaman dahulu..

Tuesday, 22 January 2013
Di Sebalik Ke'Simple'lan..
Akibat habuk malam tadi, menyebabkan aku dah di 'dadah'kan untuk menulis blog lagi..*Apa kaitannye, lupakan saje*
Okeh, post harini menceritakan tentang, tenang, tenung, dan sebagainya mengenai blog aku je..
Aku selalu usha blog2 orang lain, yang sangat meriah dengan pelbagai widget, gadjet, dan budget..
Sebenarnya, aku bukan taknak buat macam tu, cuma kesian kat viewers yang internetnya kurang laju dan menyebabkan lambat loading untuk paparkan semua accessories *betul kot ejaan tu*..konfem la korang menyampah kan..??.
Dengan menggunakan kepakaran dalam menyelesaikan masalah *okeyh, ayat bajet*..aku pun mengambil tindakan inisiatif untuk mengubah semula blog ni supaya nampak simple dan menyenangkan..aku cuma letak widget2 yang perlu je..bak kata omputih "Don't judge book by it's cover but people judge someone by it's muka" *okeyh, aku saje tambah*..
Bukan semua suka blog yang simple2 ni..jap lagi aku kena la maki dan kutuk sebab simple sangat *cewdeyh*..Apapa pun, thanks for visit dan read my post..That's all..
p/s : mesti ada orang cakap "Ayat gedik digunanya..","Bahasa Inggeris macam g**p**g, ada hati nak guna.."..okeyh, paham..
Kisah di sebalik kesepian
Haaaaaaaaccchhhhuuuummm!!!!!!!!!!!!....
Berhabuk sungguh belog aku ni..*itu bukan typo tapi memang saje buat mcm tu*..
Ramai fans yang marah-marah suruh update blog *okey berangan jadi budak hot kejap*..hahaha
Apapun blog ni lagi baik dari twitter sebab followers tak turun-turun..hahaha..saje meng'compare' sesuatu benda yang tak pasti..
Okeyh, dah panjang aku buat karangan tu, mulalah dengan Isi baru..Biasalah budak UPSR, buzy dengan exam yang sampai sebulan..mana la ada masa nak mem'belog'kan diri..24/7 jam sehari semalam, se'tengahari' sepetang kena study *okeyh, itu tipu sape percaya dia comel*...ada je subjek2 yang nak di setadi nye..sampaisolat mandi pon lupa..takpe la kan bukan selalu..huhuhu
Hmmm..nak tulis, cakap, bercerita dan berhujah apa lagi ek..??..cukup kot sampai disini je..
Apa-apa pun, aku dah edit blog aku ni..bagi nampak simple..comel kan..??.macam tuannya..
p/s: mesti ada orang cakap aku ni "Masuk bakul, Angkat sendiri"..okeyh dah paham..*sedih*
Berhabuk sungguh belog aku ni..*itu bukan typo tapi memang saje buat mcm tu*..
Ramai fans yang marah-marah suruh update blog *okey berangan jadi budak hot kejap*..hahaha
Apapun blog ni lagi baik dari twitter sebab followers tak turun-turun..hahaha..saje meng'compare' sesuatu benda yang tak pasti..
Okeyh, dah panjang aku buat karangan tu, mulalah dengan Isi baru..Biasalah budak UPSR, buzy dengan exam yang sampai sebulan..mana la ada masa nak mem'belog'kan diri..24/7 jam sehari semalam, se'tengahari' sepetang kena study *okeyh, itu tipu sape percaya dia comel*...ada je subjek2 yang nak di setadi nye..sampai
Hmmm..nak tulis, cakap, bercerita dan berhujah apa lagi ek..??..cukup kot sampai disini je..
Apa-apa pun, aku dah edit blog aku ni..bagi nampak simple..comel kan..??.macam tuannya..
p/s: mesti ada orang cakap aku ni "Masuk bakul, Angkat sendiri"..okeyh dah paham..*sedih*
Subscribe to:
Comments (Atom)

.jpg)